Hotel Swan Garden, Seri Alam, Johor

Swan Garden Hotel, Seri Alam, Johor, merupakan sebuah hotel butik yang terletak di hab perniagaan Bandar Seri Alam, Masai. Kebersihan dengan bilik yang berkonsep estetik dan kontemporari, perkhidmatan yang cemerlang dan bilik yang berpatutan, hotel ini menjadi kegemaran pelancong serta pemgembara perniagaan  di kawasan Pasir Gudang.

Terma penginapan

Bilik yang berkonsep estetik dan kontemporari,selesa dan harga yang berpatutan menjadi kegemaran pelancong serta pemgembara perniagaan  di kawasan Pasir Gudang.

Daftar masuk 3:00 PTG
Dafar keluar 12:00 PTG
Pembatalan penempahan

Pembatalan Tempahan Bilik

  • Setelah tempahan disahkan, kami akan menghantar pemberitahuan e-mel kepada anda. Sebarang tempahan yang belum dibayar sepenuhnya dianggap sebagai tempahan tidak terjamin.
  • Sebarang pembatalan yang diterima dalam masa 3 hari sebelum tarikh ketibaan akan dikenakan bayaran untuk keseluruhan penginapan. Kegagalan untuk daftar masuk atau tempat penginapan akan dianggap sebagai 'Tidak Hadir' dan dikenakan caj sebanyak 100% daripada nilai tempahan.
Informasi Lain
  • Swan Garden Hotel menguatkuasakan polisi Larangan Merokok di semua bilik tetamu dan kawasan awam yang tertutup. Bayaran pembersihan sebanyak RM300 akan dikenakan ke atas tetamu yang berkenaan sekiranya didapati merokok.
  • Cukai Pelancongan sebanyak RM10 bersih (sebilik, setiap malam) dikenakan kepada pemegang pasport asing bermula dari 1 Januari 2023. Hotel mengutip cukai ni bagi pihak kerajaan semasa daftar keluar dan tidak termasuk dalam jumlah kos bilik.
  • Semua Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap dikecualikan.
  • Berkuat kuasa 01 Mac 2024, kadar SST (Jualan & Cukai Perkhidmatan) Malaysia akan dinaikkan daripada 6% kepada 8% seperti yang dimandatkan oleh Kerajaan.

Terma & Syarat

  • Kadar disebut (Bersih) dalam Ringgit Malaysia (RM), termasuk 8% cukai kerajaan.
  • Kadar tertakluk kepada sebarang perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
  • Maksimum dua (2) orang dewasa dan seorang (1) kanak-kanak (di bawah 12 tahun) setiap bilik. Tiada caj tambahan untuk kanak-kanak (di bawah umur 12 tahun) . Tertakluk kepada jenis bilik.
  • Tempahan sedia ada disimpan sehingga 5:00 petang melainkan dijamin oleh Kad Kredit atau Deposit Pendahuluan.
  • Masa Daftar Masuk ialah 3:00 petang dan masa Daftar Keluar ialah 12:00 tengah hari.
  • Urusan daftar masuk awal atau daftar keluar lewat boleh dibuat dengan caj bayaran. Sila hubungi Bahagian Tempahan dan/atau Meja Penyambut Tamu kami lebih awal untuk pengaturan sedemikian.
  • Kegagalan untuk tiba di hotel atau daftar masuk akan dianggap sebagai Tidak Hadir dan Tiada bayaran balik dipulangkan (dasar Hotel).
  • Untuk semua tempahan, Hotel memerlukan deposit untuk setiap bilik sebagai bayaran sampingan semasa daftar masuk berjumlah RM100. Deposit boleh dibuat secara tunai atau pada kad kredit semasa daftar masuk. Untuk deposit menggunakan kad kredit, pra-kebenaran oleh pihak Hotel diperlukan.